Marhun atau emas yang telah melebihi tempoh pinjaman dan tidak ditebus akan melalui proses lelongan di cawangan. KPF juga menjalankan aktiviti jual beli emas dengan membeli semula emas lelongan yang tidak berjaya dilelong dan kemudiannya dijual pada pihak ketiga.
Urusniaga penjualan emas pertama dilakukan pada 23 April 2021 di Kaunter Khidmat Anggota, Balai FELDA, Kuala Lumpur. Manakala urusniaga pembelian emas diperkenalkan pada 2 November 2020 di cawangan Ar Rahn KPF Seremban. Aktiviti urusniaga emas adalah inisiatif untuk mempelbagaikan cabang perniagaan di dalam industri emas dan berpotensi memberikan keuntungan.