- Dividen dibayar berasaskan baki minima bulanan mengikut tempoh pegangan syer dalam sesuatu tahun kewangan.
*Anggota yang namanya tiada dalam daftar anggota pada akhir tahun kewangan yang berkenaan tidak layak menerima dividen bagi tahun tersebut (UUK 68)”.
- Bagi anggota meninggal dunia pada tahun semasa dividen dibayar, waris boleh membuat tuntutan dividen dengan disertakan dokumen berikut:
- Salinan Surat Perintah Akta Harta Pusaka kecil/Borang Persetujuan Waris,
- Salinan Sijil Kematian
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon/Waris
- Cek dividen anggota yang telah tamat tempoh boleh dihantar kepada Unit Dividen untuk diganti dengan cek baru.
- Bagi anggota yang telah berhenti berkhidmat dengan Felda dan mana- mana Syarikat Felda tidak layak lagi menerima dividen.
- Bagi anggota meninggal dunia sebelum tahun semasa pembayaran dividen, dimana waris-warisnya masih belum menyelesaikan urusan pindahmilik syernya, dividen tidak lagi dibayar. Tetapi waris boleh menuntut hibah kepada modal syer anggota meninggal dunia yang modal syer tersebut telah diklasifikasikan sebagai Qardh.
- Untuk mengatasi masalah dividen tidak dibayar kepada anggota yang telah meninggal dunia, waris hendaklah membuat permohonan pindah milik dengan kadar segara.
- Untuk mengatasi masalah dividen tidak diterima melalui telegrafik projek (TP) atau tidak menerima cek dividen yang telah diposkan, anggota digalakkan mengemaskini nombor akaun bank bagi memudahkan pembayaran dividen.
- Dividen untuk badan-badan dan tabung-tabung telah diberikan keuntungan di atas 5 peratus ke atas baki pada tahun kewangan tersebut kerana badan-badan dan tabung-tabung telah dikelasifasikan sebagai pendeposit.