- Pindahan saham hanya boleh dilakukan apabila jumlah syer melebihi syer minima.
- Anggota yang telah meninggal dunia terutamanya Kumpulan Peneroka perlu segera membuat pindahan syer dengan melengkapkan dokumen berikut:
- Borang Pindahmilik Syer
- Salinan Sijil Kematian
- Salinan Surat Perintah Pembahagian
- Salinan Kad Pengenalan Pengganti Peneroka
- Salinan Payslip Peneroka (yang telah ditukar nama kepada Pengganti)
- Borang Anggota Baru (Individu) – Bagi Peneroka Ganti yang belum menjadi anggota KPF.
- Anggota yang telah meninggal dunia (Kumpulan Kakitangan) perlu membuat pindahan syer (bagi waris yang telah menjadi anggota) dan jualan habis syer (bagi waris yang tidak menjadi anggota).
- Pindahan syer hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas kematian anggota.
- Pindahmilik kasih sayang boleh dilakukan dengan cara berikut:
- Membuat surat sumpah di Pejabat Pesuruhjaya Sumpah.
- Kedua-dua pemberi dan penerima perlu hadir ke kaunter KPF.