Nama Produk : PEMBIAYAAN (Berputar)
Pembiayaan berputar adalah pembiyaan yang memberikan kemudahan kewangan atau tunai kepada syarikat subsidiari atau syarikat bersekutu KPF untuk memulakan projek atau membuat modal pusingan.
1. Apakah produk pembiayaan berputar?
Kemudahan tunai kepada Syarikat subsidiari/ bersekutu KPF bagi pembiayaan projek, modal pusingan dan sebagainya
2. Apakah kelebihan produk ini?
Kelebihan produk ini adalah seperti berikut:
- Berdasarkan Kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga KPF & SKM
- Tiada Riba
- Kadar keuntungan yang kompetatif
- Tidak caj bayaran lewat
3. Syarikat manakah layak untuk memohon?
Produk ini terbuka kepada:
- Syarikat subsidiari KPF
- Syarikat bersekutu KPF
4. Bagaimanakan nilai pembiayaan boleh diluluskan?
Jumlah pembiayaan diberikan berdasarkan:
- Cadangan nilai projek/perniagaan
- Prestasi kewangan syarikat
5. Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang boleh dikenakan kepada syarikat?
Tempoh pembiayaan 30 hingga 360 hari
6. Bagaimanakah proses permohonan pembiayaan?
Pembiayaan boleh dibuat dengan meyediakan maklumat seperti:
- Sijil pertubuhan syarikat (borang 9), dan lain-lain pertukaran nama sekiranya ada
- Borang 24, 44 dan 49
- Resoulusi Lembaga Pengarah berkenaan permohonan pinjaman
- Artikel dan memorandum pertubuhan
- Carian SSM terkini (dalam tempoh 3 bulan terdekat)
- Laporan pengurusan (3 bulan terakhir)
- Senarai pemiutang terkini “aging report” dan pinjaman semasa dengan institusi bank lain
- Laporan kewangan tahunan teraudit (3 tahun)
- Unjuran kewangan projek
- Maklumat-maklumat tambahan lain yang dirasakan perlu untuk menyokong permohonan tuan.
7. Bagaimana jika syarikat gagal membayar ansuran bulanan?
Sekiranya kegagalan bayaran ansuran dibuat, notis peringatan berperingkat akan dikeluarkan seperti berikut:
- Notis peringatan Pertama
- Notis peringatan Kedua
- Notis peringatan Ketiga
- Notis Peringatan Akhir
8. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Nama Produk : PEMBIAYAAN (Korporat-i)
Pembiayaan korporat-i adalah produk untuk membantu syarikat subsidiari KPF atau syarikat bersekutu KPF membuat modal pusingan atau modal permulaan projek. Ini untuk mengukuhkan lagi kewangan syarikat subsidiari dalam memulakan projek baru atau sebagainya.
1. Apakah produk pembiayaan korporat-i?
Kemudahan tunai kepada Syarikat subsidiari/ bersekutu KPF bagi pembiayaan projek, modal pusingan dan sebagainya
2. Apakah kelebihan produk ini?
- Berdasarkan Kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga KPF & SKM
- Tiada Riba
- Kadar keuntungan yang kompetatif
- Tidak caj bayaran lewat
3. Syarikat manakah layak untuk memohon?
Produk ini terbuka kepada:
- Syarikat subsidiari KPF
- Syarikat bersekutu KPF
4. Bagaimanakan nilai pembiayaan boleh diluluskan?
Jumlah pembiayaan diberikan berdasarkan:
- Cadangan nilai projek/perniagaan
- Prestasi kewangan syarikat
5. Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang boleh dikenakan kepada syarikat?
Tempoh pembiayaan 1 hingga 10 tahun
6. Bagaimanakah proses permohonan pembiayaan?
Pembiayaan boleh dibuat dengan meyediakan maklumat seperti:
- Sijil pertubuhan syarikat (borang 9), dan lain-lain pertukaran nama sekiranya ada
- Borang 24, 44 dan 49
- Resoulusi Lembaga Pengarah berkenaan permohonan pinjaman
- Artikel dan memorandum pertubuhan
- Carian SSM terkini (dalam tempoh 3 bulan terdekat)
- Laporan pengurusan (3 bulan terakhir)
- Senarai pemiutang terkini “aging report” dan pinjaman semasa dengan institusi bank lain
- Laporan kewangan tahunan teraudit (3 tahun)
- Unjuran kewangan projek
- Maklumat-maklumat tambahan lain yang dirasakan perlu untuk menyokong permohonan tuan.
7. Bagaimana jika syarikat gagal membayar ansuran bulanan?
Sekiranya kegagalan bayaran ansuran dibuat, notis peringatan berperingkat akan dikeluarkan seperti berikut:
- Notis peringatan Pertama
- Notis peringatan Kedua
- Notis peringatan Ketiga
- Notis Peringatan Akhir
8. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Cadangan KPF menjalankan aktiviti Ar Rahnu dengan atas jenama Francais Ar Rahn Permodalan Kelantan Berhad. Kelulusan dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah diperolehi pada 29 November 2013. Sehingga kini cawangan Ar Rahnu telah beroperasi sebanyak 16 buah di seluruh negara
1. Apakah produk Ar-Rahnu?
Produk ini merupakan skim pajak gadai Islam yang menyediakan alternatif pembiayaan kepada individu dalam memenuhi keperluan tunai secara segera, menawarkan peluang pelaburan serta menyekat aktiviti pembiayaan secara haram atau tidak berkesan.
2. Apakah konsep Syariah digunapakai?
- Ar-Rahnu adalah mekanisma di mana satu barangan berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pembiayaan secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pembiayaan tersebut tidak dapat dijelaskan
- Al-Wadiah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan
- Al-Qard merujuk kepada pembiayaan yang diberi mengikut peratusan tertentu nilai marhun.
- Al-Ujrah merujuk kepada upah simpan yang dikenakan ke atas nilai marhun
3. Apakah kelebihan yang saya dapat dari produk ini?
Kelebihan produk ini adalah seperti berikut:
- Pembiayaan berlandaskan Syariah.
- Cepat dan mudah
- Barang gadaian dijamin keselamatannya
- Upah simpan yang rendah (more cost efficient).
- Kadar upah tetap (tidak berubah) sehingga penebusan
- Tempoh gadaian lebih lama
4. Siapakah yang layak untuk memohon?
Produk ini terbuka kepada:
- Anggota koperasi
- Bukan anggota
- 18 tahun ke atas
- Waras
- Tidak muflis
5. Berapakah nilai pembiayaan yang boleh dimohon?
Anda boleh memperoleh wang tunai sehingga 75% daripada nilai emas (marhun). Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM100,000 seorang dengan had gadaian sehari sebanyak RM50,000.
*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
6. Berapa lamakah tempoh gadaian yang boleh dikenakan?
Berikut merupakan tempoh gadaian yang dikenakan keatas barang anda:
- Tempoh gadaian asas selama 6 bulan (tempoh matang)
- Tempoh lanjutan pertama selama 2 bulan
- Tempoh lanjutan kedua selama 2 bulan
- Tempoh lanjutan terakhir selama 2 bulan sebelum notis lelong dikeluarkan
7. Apakah jenis barangan gadaian yang boleh diterima oleh koperasi?
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas yang mempunyai mutu berikut:
- Emas 999
- Emas 950
- Emas 916
- Emas 875
- Emas 835
- Emas 750
8. Bagaimanakah cara penebusan gadaian dibuat?
Penebusan gadaian boleh dibuat secara:
- Ansuran; atau
- Sekaligus; atau
- Pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang
9. Apakah caj yang perlu saya bayar?
Bayaran upah simpan seperti berikut:
Margin Pembiayaan | Upah simpan bagi setiap RM100 Nilai Marhun /Bulan | |
65% - 75% | Julat Nilai Marhun (RM) | Jumlah (RM) |
5,001 ke atas | 0.85 | |
1,001 – 5,000 | 0.75 | |
1.00 – 1,000 | 0.65 |
*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
10. Apa yang saya dapat dari produk ini?
- Nilai Marhun
- Jumlah amaun pembiayaan
- Tarikh gadaian
- Tempoh
- Tarikh matang
- Kadar upah simpan
11. Apakah tanggungjawab saya?
Tanggungjawab anda ialah:
- Membayar upah simpan bulanan
- Membayar jumlah pembiayaan
12. Bagaimana jika saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?
Sekiranya anda gagal menebus marhun tersebut dalam tempoh gadaian atau tempoh lanjutan yang diberikan, maka koperasi berhak melelong marhun berkenaan mengikut prosedur perlelongan.
Wang hasil daripada lelongan akan digunakan untuk membayar amaun terhutang, kos pelelongan dan kos-kos yang berkaitan. Bakinya boleh anda tuntut sejurus menerima notis wang lebihan lelongan.
13. Apakah risiko terlibat?
Jika anda mempunyai masalah memenuhi kewajipan pembiayaan anda, sila hubungi pihak koperasi dengan segera untuk membincangkan pembayaran alternatif.
14. Adakah saya memerlukan penjamin?
Tiada penjamin diperlukan.
15. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan mengenai butiran peribadi?
Adalah penting anda memaklumkan koperasi mengenai apa-apa perubahan butiran peribadi anda untuk memastikan semua urusan komunikasi dengan anda disampaikan dengan lebih berkesan.
16. Dimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Untuk makluman lanjut, pertanyaan atau maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan kami yang terkini, anda boleh menghubungi Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad, Unit Perbankan Koop 03- 2694 2095 smbgn 123; atau boleh mengunjungi cawangan Ar-Rahn berikut :-
- Ar-Rahn Ipoh (05-5252729)
- Ar-Rahn Klang (03-33422285)
- Ar-Rahn Semenyih (03-87240095)
- Ar-Rahn Dungun (09-8452062)
- Ar-Rahn Senawang (06-6757807)
- Ar-Rahn Tumpat (09-77252125)
- Ar-Rahn Seremban (06-7628959)
- Ar-Rahn Bahau (06-4552657)
- Ar-Rahn Bera (09-2552575)
- Ar-Rahn Kuala Berang (09-6814 313)
- Ar-Rahn Kuantan (09-5382742)
- Ar-Rahn Bayan Baru (04-6412377)
- Ar-Rahn Alor Setar (04-7325455)
- Ar-Rahn Kuala Lipis (09-3121745)
Maklumat yang diberikan adalah benar setakat 1 November 2016.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Nama produk: Deposit Berjangka Mudharabah
1. Apakah produk Deposit Berjangka Mudharabah?
Produk ini merupakan skim pelaburan jangka masa pendek dimana satu platform untuk para pelabur mendapat pulangan yang tinggi dan berlandaskan syariah di atas pelaburan mereka dan menyediakan dana kepada syarikat untuk membuat pelaburan bagi meningkatkan hasil dan memberi pulangan (dividen) kepada pelabur.
2. Apakah konsep Syariah digunapakai?
- Menggabungkan konsep-konsep syariah seperti mudharabah dan wakalah
- Wakalah atau ‘wakil’ dimana pelabur melantik KPF sebagai wakil untuk membuat pelaburan yang patuh syariah
- Mudharabah atau kerjasama antara dua pihak (pemberi modal) dan (pengelola) untuk memperolehi keuntungan yang dipersetujui
3. Apakah kelebihan yang saya dapat dari produk ini?
Kelebihan produk ini adalah seperti berikut:
- Pembiayaan berlandaskan Syariah.
- Cepat dan mudah
- Tiada jumlah maksimum ditetapkan
- Jaminan keselamatan
- Kadar pulangan yang tinggi
4. Siapakah yang layak untuk memohon?
Produk ini terbuka kepada:
- Anggota koperasi
- Individu dan Koperasi dan Badan-badan Peneroka
- 18 tahun ke atas
- Waras
- Tidak muflis
5. Berapakah nilai minimum simpanan yang boleh saya simpan?
- Individu RM 5,000 dan ke atas
- Koperasi atau Badan Badan Peneroka RM 10,000 dan ke atas
6. Berapa lamakah tempoh simpanan yang ditawarkan?
Berikut merupakan tempoh gadaian yang dikenakan keatas barang anda:
- 90 hari (3 Bulan)
- 180 hari (6 Bulan)
- 365 hari (12 Bulan)
7. Berapakah kadar keuntungan yang akan diperolehi?
Tempoh Simpanan | Kadar Keuntungan |
90 hari (3 Bulan) | 3.45% |
180 hari (6 Bulan) | 3.55% |
365 hari (12 Bulan) | 3.75% |
8. Bilakah pengeluaran simpanan dilakukan?
Penebusan gadaian boleh dibuat secara:
- Pada tempoh matang pelaburan
- Pada tempoh belum matang (Pengeluaran Pra-Matang)
9. Apakah jenis pengeluaran yang dibenarkan?
- Pengeluaran Matang (Prinsipal dan untung)
- Pengeluaran Keuntungan ( Untung sahaja)
- Pengeluaran Pra-Matang (Prinsipal dan untung)
- Bagi Pengeluaran Pra-Matang, tempoh pengiraan hari hanya pada tarikh pengeluaran sahaja dikira
Nama produk: PEMBIAYAAN (Peribadi-i & Tunai-i)
Pembiayaan peribadi-i dan tunai-i adalah produk yang memberikan kemudahan berbentuk tunai kepada anggota-anggota KPF. Pembiayaan ini bertujuan untuk membantu anggota yang memerlukan tunai dengan kadar segara.
1. Apakah produk Peribadi-i dan Tunai-i?
Tunai-i : Menyediakan kemudahan tunai segera mengikut musim kepada anggota-anggota KPF. Contohnya: musim perayaan & musim persekolahan
Peribadi-i: Menyediakan kemudahan tunai kepada anggota-anggota KPF bagi kegunaan pendidikan, perkahwinan dan sebagainya.
2. Apakah kelebihan produk ini?
- Kelulusan cepat
- Tiada Riba
- Kadar keuntungan yang kompetitif
- Tidak caj bayaran lewat
- Kadar caj yang minimum
- Pembiayaan dilindungi takaful (bagi peminjam yang layak sahaja)
3. Siapakah layak untuk memohon?
- Anggota koperasi.
4. Berapakah nilai pembiayaan yang boleh anggota peroleh?
- Tunai-i : RM 1,000.00 hingga RM 5,000.00
- Peribadi-i: RM 3,000.00 hingga RM 100,000.00
5. Berapakah nilai pembiayaan yang boleh anggota peroleh?
- Tunai-i : 24 Bulan.
- Peribadi-i : 1 - 10 tahun
6. Bagaimanakah cara permohonan pembiayaan dibuat?
- Salinan kad pengenalan.
- Slip gaji 3 bulan terkini / Pay Sheet
- Penyata Akaun Maybank 3 bulan terkini
- Surat Pengesahan Jawatan
- Penyata Akaun Bank Gaji Dikreditkan
- Lain-lain dokumen yang berkenaan
Sekiranya dokumen diatas telah dilengkapkan, permohonan boleh dihantar terus ke pejabat KPF secara “Walk in” atau “Pos”.
7. Apakah caj-caj yang dikenakan untuk pembiayaan yang dipohon?
- Yuran Proses
- Duti Setem
- Takaful
8. Apakah tanggungjawab anggota?
- Setiap 25hb untuk kategori Kakitangan & Pesara
- Setiap 30hb untuk kategori Peneroka
- Setiap 3hb untuk kategori lain-lain
9. Bagaimana jika saya gagal memenuhi tanggungjawab anggota?
- Notis peringatan Pertama
- Notis peringatan Kedua
- Notis peringatan Ketiga
- Notis Peringatan Akhir
- Notis Tarik Sijil
10. Adakah anggota memerlukan penjamin?
- Penjamin saham diperlukan sekiranya pemohon tidak mempunyai baki saham yang mencukupi.
- Penjamin gaji diperlukan sekiranya pemohon tidak melepasi penilaian kredit yang ditetapkam
11. Apa yang perlu anggota lakukan sekiranya terdapat perubahan mengenai butiran peribadi?
Adalah penting anda memaklumkan KPF mengenai apa-apa perubahan butiran peribadi anda untuk memastikan semua urusan komunikasi dengan anda disampaikan dengan lebih berkesan.
12. Dimana anggota boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Untuk makluman lanjut, pertanyaan atau maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan kami yang terkini, anda boleh menghubungi bahagian pembiayaan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad di talian 03-2693 6648 atau layari laman web http://www.kpf.my