Nama produk: PEMBIAYAAN (Peribadi-i & Tunai-i)
Pembiayaan peribadi-i dan tunai-i adalah produk yang memberikan kemudahan berbentuk tunai kepada anggota-anggota KPF. Pembiayaan ini bertujuan untuk membantu anggota yang memerlukan tunai dengan kadar segara.
1. Apakah produk Peribadi-i dan Tunai-i?
Tunai-i : Menyediakan kemudahan tunai segera mengikut musim kepada anggota-anggota KPF. Contohnya: musim perayaan & musim persekolahan
Peribadi-i: Menyediakan kemudahan tunai kepada anggota-anggota KPF bagi kegunaan pendidikan, perkahwinan dan sebagainya.
2. Apakah kelebihan produk ini?
- Kelulusan cepat
- Tiada Riba
- Kadar keuntungan yang kompetitif
- Tidak caj bayaran lewat
- Kadar caj yang minimum
- Pembiayaan dilindungi takaful (bagi peminjam yang layak sahaja)
3. Siapakah layak untuk memohon?
- Anggota koperasi.
4. Berapakah nilai pembiayaan yang boleh anggota peroleh?
- Tunai-i : RM 1,000.00 hingga RM 5,000.00
- Peribadi-i: RM 3,000.00 hingga RM 100,000.00
5. Berapakah nilai pembiayaan yang boleh anggota peroleh?
- Tunai-i : 24 Bulan.
- Peribadi-i : 1 - 10 tahun
6. Bagaimanakah cara permohonan pembiayaan dibuat?
- Salinan kad pengenalan.
- Slip gaji 3 bulan terkini / Pay Sheet
- Penyata Akaun Maybank 3 bulan terkini
- Surat Pengesahan Jawatan
- Penyata Akaun Bank Gaji Dikreditkan
- Lain-lain dokumen yang berkenaan
Sekiranya dokumen diatas telah dilengkapkan, permohonan boleh dihantar terus ke pejabat KPF secara “Walk in” atau “Pos”.
7. Apakah caj-caj yang dikenakan untuk pembiayaan yang dipohon?
- Yuran Proses
- Duti Setem
- Takaful
8. Apakah tanggungjawab anggota?
- Setiap 25hb untuk kategori Kakitangan & Pesara
- Setiap 30hb untuk kategori Peneroka
- Setiap 3hb untuk kategori lain-lain
9. Bagaimana jika saya gagal memenuhi tanggungjawab anggota?
- Notis peringatan Pertama
- Notis peringatan Kedua
- Notis peringatan Ketiga
- Notis Peringatan Akhir
- Notis Tarik Sijil
10. Adakah anggota memerlukan penjamin?
- Penjamin saham diperlukan sekiranya pemohon tidak mempunyai baki saham yang mencukupi.
- Penjamin gaji diperlukan sekiranya pemohon tidak melepasi penilaian kredit yang ditetapkam
11. Apa yang perlu anggota lakukan sekiranya terdapat perubahan mengenai butiran peribadi?
Adalah penting anda memaklumkan KPF mengenai apa-apa perubahan butiran peribadi anda untuk memastikan semua urusan komunikasi dengan anda disampaikan dengan lebih berkesan.
12. Dimana anggota boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Untuk makluman lanjut, pertanyaan atau maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan kami yang terkini, anda boleh menghubungi bahagian pembiayaan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad di talian 03-2693 6648 atau layari laman web http://www.kpf.my