Nama produk: Deposit Berjangka Mudharabah
1. Apakah produk Deposit Berjangka Mudharabah?
Produk ini merupakan skim pelaburan jangka masa pendek dimana satu platform untuk para pelabur mendapat pulangan yang tinggi dan berlandaskan syariah di atas pelaburan mereka dan menyediakan dana kepada syarikat untuk membuat pelaburan bagi meningkatkan hasil dan memberi pulangan (dividen) kepada pelabur.
2. Apakah konsep Syariah digunapakai?
- Menggabungkan konsep-konsep syariah seperti mudharabah dan wakalah
- Wakalah atau ‘wakil’ dimana pelabur melantik KPF sebagai wakil untuk membuat pelaburan yang patuh syariah
- Mudharabah atau kerjasama antara dua pihak (pemberi modal) dan (pengelola) untuk memperolehi keuntungan yang dipersetujui
3. Apakah kelebihan yang saya dapat dari produk ini?
Kelebihan produk ini adalah seperti berikut:
- Pembiayaan berlandaskan Syariah.
- Cepat dan mudah
- Tiada jumlah maksimum ditetapkan
- Jaminan keselamatan
- Kadar pulangan yang tinggi
4. Siapakah yang layak untuk memohon?
Produk ini terbuka kepada:
- Anggota koperasi
- Individu dan Koperasi dan Badan-badan Peneroka
- 18 tahun ke atas
- Waras
- Tidak muflis
5. Berapakah nilai minimum simpanan yang boleh saya simpan?
- Individu RM 5,000 dan ke atas
- Koperasi atau Badan Badan Peneroka RM 10,000 dan ke atas
6. Berapa lamakah tempoh simpanan yang ditawarkan?
Berikut merupakan tempoh gadaian yang dikenakan keatas barang anda:
- 90 hari (3 Bulan)
- 180 hari (6 Bulan)
- 365 hari (12 Bulan)
7. Berapakah kadar keuntungan yang akan diperolehi?
Tempoh Simpanan | Kadar Keuntungan |
90 hari (3 Bulan) | 3.45% |
180 hari (6 Bulan) | 3.55% |
365 hari (12 Bulan) | 3.75% |
8. Bilakah pengeluaran simpanan dilakukan?
Penebusan gadaian boleh dibuat secara:
- Pada tempoh matang pelaburan
- Pada tempoh belum matang (Pengeluaran Pra-Matang)
9. Apakah jenis pengeluaran yang dibenarkan?
- Pengeluaran Matang (Prinsipal dan untung)
- Pengeluaran Keuntungan ( Untung sahaja)
- Pengeluaran Pra-Matang (Prinsipal dan untung)
- Bagi Pengeluaran Pra-Matang, tempoh pengiraan hari hanya pada tarikh pengeluaran sahaja dikira