Orang Awam
Pengumuman

Pengumuman

Zakaria Arshad

Dato’ Zakaria Arshad menjadi anggota KPF pada 30 Disember 2002. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial – Ekonomi daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau mula berkhidmat dengan Felda Rubber Industries Sdn Bhd sebagai Eksekutif Pentadbiran pada tahun 1984. Berdasarkan pengalaman dan pembangunan kerjaya beliau dalam pelbagai unit perniagaan di Felda dan FGV, beliau telah dilantik sebagai Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif FGV pada tahun 2016 sehingga 2018. Beliau dilantik sebagai Anggota Lembaga KPF pada 23 Jun 2019 bagi sesi 2019/2020.