Orang Awam
Pengumuman

Pengumuman

Makluman Gangguan Telefon

Talian Dividen KPF 03 2692 5995 dan 03 2694 2108 mengalami gangguan teknikal. Pihak Telekom Malaysia (TM) akan membaik pulih dalam masa terdekat..

Anggota-anggota KPF yang mempunyai kemusykilan masih boleh berurusan di talian 03 2694 2095, talian WhatsApp 019 266 6348 dan email kpfadmin@felda.net.my atau layari laman web kpf.my

Segala masalah yang berkaitan dengan telefon tidak berjawab, kami di KPF menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
Sekian

Encik Haniff

Encik Haniff Ahmad Norilah berkelulusan Master of Business Administration (Executive) daripada Universiti RMIT, Melbourne, Australia dan memiliki Bachelor of Accountancy (Hons) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Beliau pernah berkhidmat di Rashid Hussain Berhad pada tahun 1990 dan Perwira Habib Bank pada tahun (1991). Beliau dilantik menjadi Penolong Pengarah Kewangan pada tahun 2002, Pengawal Kewangan pada tahun 2003, Timbalan Pengarah Kewangan pada tahun 2007 dan Pengarah Kewangan pada tahun 2008. Pada tahun 2012, beliau ditempatkan di Jabatan Gedung Makanan Negara (GMN) dan menjadi Pengarah di Pejabat Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi) pada tahun 2016. Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi) mulai 1 November 2017.

PEMBERITAHUAN WAKTU OPERASI IBU PEJABAT KPF
SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI


 TAHUN 2018/1439H

Kami ingin memaklumkan bahawa Ibu Pejabat KPF di Kuala Lumpur akan ditutup pada 15 Jun 2018 (Jumaat) sempena cuti hari raya Aidilfitri pada tahun ini dan beroperasi seperti biasa pada 18 Jun 2018 (Isnin) dan 19 Jun 2018 (Selasa).

Kaunter Jualan Tunai akan ditutup pada 18 Jun 2018 (Isnin) dan 19 Jun 2018 (Selasa).

Sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan adalah amat dikesali.

Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif serta warga kerja KPF ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan kami yang beragama Islam.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

 

Temui Kami di Majlis Pelancaran FELDA 2.0