Orang Awam
Pengumuman

Pengumuman

Puan Saodah Sudi

Puan Saodah Sudi (penerokawati Felda Air Tawar 5) menjadi anggota KPF pada 26 Jun 1985. Beliau memiliki kelulusan Diploma Pendidikan daripada Universiti Nanyang, Singapura (1972) dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling daripada Universiti Teknologi Malaysia (1999).

Pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi GPW Felda Air Tawar 5, Pengerusi Gabungan GPW Felda Wilayah Johor Bahru serta menduduki Lembaga Pengarah beberapa buah Syarikat Kumpulan FELDA.Beliau menganggotai Lembaga KPF sejak sesi 1998/1999.

Encik Samsudin Othman TARIKH MENJADI ANGGOTA
1 Julai 1990

PELANTIKAN SEBAGAI LEMBAGA
Mulai sesi 2013/12014 (7 Julai 2013 – kini)

PEKERJAAN
Peneroka (FELDA Tenggaroh Timur 1)

PENDIDIKAN
Sijil Rendah Pelajaran (SRP)

PENGALAMAN

  • Ketua Peneroka Nasional FELDA
  • Ahli Lembaga Pengarah FELDA
  • Naib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru
  • Pengerusi Koperasi Peneroka Tenggaroh Timur 1 Berhad
  • Encik Abu Bakar Ibrahim

    Encik Abu Bakar Ibrahim (pesara Felda) menjadi anggota KPF pada 1 Julai 1990. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Tani daripada Universiti Pertanian Malaysia (1986). Merupakan bekas Pengurus Besar Jabatan Audit Ladang Felda Holdings Berhad yang memiliki pengalaman yang luas dalam perladangan sawit. Beliau dilantik menganggotai Lembaga KPF pada sesi 2013/2014.

    Dato' Saari Din

    Dato' Saari Din menjadi anggota KPF pada 29 Jun 1981. Beliau memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya di dalam Felda sebagai Pengurus Rancangan Felda Tenggaroh Timur 1, Johor sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Wilayah Jengka.Beliau dilantik sebagai anggota Lembaga KPF mulai sesi 2014/2015.

    Dato' Ramli Ismail TARIKH MENJADI ANGGOTA
    1 Julai 1990

    PELANTIKAN SEBAGAI LEMBAGA
    Mulai sesi 2009/2010 (1 Julai 1990 – kini)

    PEKERJAAN
    Anak Peneroka (FELDA Sungai Sayong, Johor)

    PENDIDIKAN
    Diploma Pengurusan dan Pentadbiran, Institut Teknologi MARA (ITM)

    PENGALAMAN

  • Pegawai Khas (Urusan Peneroka) di Pejabat Pengarah Besar FELDA
  • Terlibat secara aktif dalam kepimpinan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM)
  • Pengerusi Koperasi Pekerja FELDA Malaysia Berhad (KOGUNA)
  • Pengerusi JKKR FELDA Sungai Sayong
  • Dato' Zainal Hassan

    Dato’ Zainal Hassan (peneroka Felda Sungai Nerek) menjadi anggota KPF pada 1 Julai 1980. Beliau adalah mantan ADUN Jengka dan mantan Exco Perumahan Negeri Pahang. Pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi JKKR Felda Sg. Nerek dan Pengerusi Gabung JKKR Wilayah Jengka.

    Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan koperasi dan diantara pengasas penubuhan KPF pada Julai 1980. Pernah menyandang pelbagai jawatan dalam koperasi seperti Pengerusi Koperasi Felda Kg. Awah dan Koperasi Gabungan Negeri Pahang disamping dilantik sebagai Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Serbausaha Makmur Pahang (KOSMA). Beliau juga pernah menduduki sebagai Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang dan pernah menganggotai Lembaga Pengarah beberapa buah syarikat utama seperti Felda Holdings Bhd, Felda Engineering Sdn Bhd dan Teo Seng Capital Bhd. Beliau menganggotai Lembaga KPF mulai 1 Julai 1980.