Orang Awam
Pengumuman

Pengumuman

KPF logo

Bentuk segi empat yang mengandungi huruf KPF berlatarbelakangkan warna perak melambangkan anggota-anggota yang bersatu padu dan bersama menyumbang kepada kejayaan yang digambarkan melalui segi empat yang berwarna oren.

Bentuk segi empat yang berwarna oren juga melambangkan badan induk FELDA yang mempunyai 4 komponen iaitu Peneroka, Kakitangan, Organisasi dan FELDA sebagai teraju dalam mengendalikan kemajuan seluruh KPF dan anggotanya.

Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad

Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) yang dahulunya dikenali sebagai Koperasi Permodalan FELDA Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948 (ditukarkan kepada Akta Koperasi 1993).

Hasrat penubuhannya dicetuskan pada mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 5 Januari 1980 yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias, selaku Pengerusi FELDA. Objektif penubuhannya adalah untuk menjadikan KPF sebagai suatu wadah simpanan dan pelaburan warga FELDA.

Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

  • 2023

    • Anugerah Kategori Sektor Perladangan 2023
    • Anugerah 100 Koperasi Terbaik Malaysia (Tempat Pertama)
  • 2022

  • 2018

    • Menerima Anugerah 100 Koperasi Terbaik Malaysia daripada SKM
    • Menerima Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan daripada SKM
  • 2017

    • Menerima Anugerah Khas Koperasi sempena Hari Koperasi Negara Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 2017
    • Menerima Anugerah 100 Koperasi Terbaik Malaysia daripada SKM sempena Hari Koperasi Negara Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 2017
  • 2016

    • Menerima Anugerah Koperasi Wilayah Persekutuan Terbaik Sektor Perladangan daripada SKM
    • Menerima Anugerah Francaisi Terbaik Malaysia daripada MFA

  • 2015

    • Menerima Anugerah Pengurusan Cemerlang dan Terbilang Koperasi daripada ANGKASA
    • Menerima Anugerah Tokoh Koperasi daripada ANGKASA
    • Menerima Anugerah Koperasi Terbaik daripada ANGKASA
    • Menerima Anugerah Homegrown Franchise of the Year daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) & Malaysian Franchise Association (MFA)
    • Menerima Anugerah Koperasi Nombor 1 Negara daripada SKM
    • Menerima Anugerah Koperasi PERDANA daripada KPDNKK
  • 2014

    • Menerima Anugerah Khas Koperasi Terbaik Di Malaysia daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
    • Menerima Anugerah Hari Koperasi Terbaik di Malaysia daripada SKM
    • Menerima Anugerah Hari Koperasi Negara Kategori Hartanah daripada SKM
    • Menerima Anugerah Penghargaan Koperasi Penyumbang Terbanyak daripada SKM
  • 2013

    • Menerima Anugerah Koperasi 5 Bintang
  • 2011

    • Menerima Anugerah Koperasi Cemerlang Kluster Besar daripada SKM
    • Menerima Anugerah Koperasi Cemerlang 5 Bintang daripada SKM
  • 2009

    • Menerima Sijil Penghargaan Anugerah Insan Terpilih MaBIQ
    • Menerima Sijil Penghargaan Indeks 10 Koperasi Terbaik di Malaysia daripada SKM
    • Menerima Sijil Penghargaan Indeks 100 Koperasi Terbaik di Malaysia daripada SKM
  • 2008

    • Menerima Anugerah Sijil Penghargaan Indeks 100 Koperasi Terbaik daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

  • 1999

    • Menerima Anugerah Kualiti Koperasi Pembangunan Tanah Peringkat Wilayah Persekutuan daripada JPK
  • 1997

    • Menerima Anugerah Khas Koperasi Yuran Tertinggi daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (kini SKM)
  • 1996

    • Menerima Anugerah Pencarum Terbanyak Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi daripada Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)

Glosari:

JPK : Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia
SKM : Suruhanjaya Koperasi Malaysia
ANGKASA : Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
KPDNKK : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
MFA : Malaysian Franchise Association

Carta Organisasi