Orang Awam
Pengumuman

Pengumuman

BERITA

  1. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KPF Ke 37 (“MAPT37”) telah selesai diadakan pada hari Sabtu, 2 Jun 2018, bermula jam 10.30 pagi di Grand Ballroom Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi dan berakhir jam 12.45 tengah hari. MAPT37 kali ini mencatat sejarah apabila julung kalinya didakan dipremis milik KPF sepenuhnya.

 

  1.  MAPT37 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ab Ghani Mohd Ali, Pengerusi KPF merangkap Pengarah Besar FELDA. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh seramai 1,167 ataupun 82% daripada 1,421 jumlah perwakilan yang layak hadir.

 

AGENDA MESYUARAT AGUNG

 

  1. MAPT37 telah membentang dan meluluskan 14 agenda setelah dibahas oleh perwakilan. Keputusan utama yang telah diluluskan termasuklah:-

 

  1. dividen dibayar pada kadar sepuluh peratus berjumlah RM237.74 juta; terdiri daripada keuntungan bersih tahun semasa sebanyak RM201.88 juta (8.5%) dan RM35.86 juta (1.5%) daripada keuntungan terkumpul berjumlah RM692.23 juta;

 

  1. melaksanakan skop dan had pelaburan bagi sesi 2018/2019 sebanyak RM600 juta;

 

  1. mendapatkan pembiayaan jika perlu dengan had maksimum keterhutangan sebanyak RM350 juta;

 

  1. Pelantikan Dato’ Ab Ghani Mohd Ali, Encik Anuar Malek dan Encik Haniff Ahmad Norilah masing-masing sebagai Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari manakala Datuk Khamis Mohamed Som, Dato’ Zainal Hassan dan Encik Zaid Sidek dilantik sebaga anggota Lembaga bagi sesi 2018/2019.

 

  1. meningkatkan had maksima kumpulan modal syer anggota kepada RM3 bilion; dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun bermula tahun 2018 sehingga 2022; dengan peningkatan modal syer anggota diperuntukkan sebanyak RM100 juta setahun.

 

ANGGOTA DAN MODAL SYER

 

  1. Jumlah anggota adalah seramai 261,572 anggota, mencatatkan pengurangan sebanyak 0.95%, manakala modal syer anggota adalah berjumlah RM2,458.47 juta mencatatkan penurunan sebanyak RM46.14 juta atau 1.84% berbanding tempoh yang sama tahun 2016 berjumlah RM2,504.61 juta.

 

  1. Kumpulan Peneroka merupakan komposisi terbesar anggota mewakili 88.43% daripada keseluruhan jumlah anggota dan kekal sebagai pencarum terbesar dengan milikan modal syer sebanyak RM1,828.07 juta (2016:RM1,853.76 juta) atau 74.36% daripada keseluruhan jumlah kumpulan modal syer anggota.

 

  1. Anggota daripada Kumpulan Kakitangan pula adalah seramai 30,257 anggota (2016:30,419), mewakili 11.57% daripada keseluruhan jumlah anggota. Kumpulan ini mempunyai milikan modal syer sebanyak RM630.40 juta (2016:RM650.85 juta) atau 25.64% daripada keseluruhan modal syer anggota.

 

PELABURAN

 

  1. Pelaburan sebanyak RM4,276.95 juta pada tahun 2017, mencatat penyusutan sebanyak 2.77% berjumlah RM121.81 juta berbanding tahun lalu (2016:RM4,398.76 juta). Aktiviti pelaburan korporat adalah merupakan komposisi pelaburan terbesar berjumlah RM1,188.38 juta atau 27.79% daripada jumlah keseluruhan dana, diikuti dengan aktiviti perladangan berjumlah RM1,327.64 juta (31.04%), aktiviti hartanah berjumlah RM1,295.50 juta (30.29%), aktiviti pasaran modal berjumlah RM320.59 juta (7.50%), dan aktiviti perkhidmatan kewangan berjumlah RM144.85 juta (3.39%).

 

KEUNTUNGAN

 

  1. Pada tahun 2017, KPF memperolehi perolehan sebanyak RM828.68 juta meningkat sebanyak 3.89% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (2016:RM797.63 juta) manakala keuntungan bersih sebelum cukai dan zakat pula adalah sebanyak RM254.47 juta (2016:RM203.64 juta).

 

ZAKAT PERNIAGAAN

 

  1. Bayaran zakat pada tahun ini ialah sebanyak RM2.3 juta.

 

DIVIDEN

 

  1. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (‘SKM”) melalui surat bertarikh 8 Jun 2018 telah meluluskan KPF membayar dividen 10 peratus berjumlah RM237.74 juta. Dividen dibayar kepada anggota yang layak mulai 10 Jun 2018.

 

PERANCANGAN MASA DEPAN

 

  1. KPF menyasarkan untuk mengembangkan dana pelaburannya kepada RM6 bilion pada akhir tahun 2021. Diantara tumpuan utama KPF ialah dengan menggiatkan usaha penambahan ladang, peningkatan nilai perkhidmatan kewangan melalui kepelbagaian produk dan penjenamaan Ar-Rahnu. Selain itu, pembangunan hartanah dan perniagaan baru seperti pengurusan parkir serta aktiviti REITS juga antara bidang baru yang akan diceburi nanti.

Notis Mesyuarat Agung Kawasan 2019/2020

Alamat: No 94. Tingkat Bawah, Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak.

Tarikh jangka mula operasi : 22 Januari 2018

Kepada anggota yang dihargai,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Q-share telah diluluskan untuk fasa yang pertama pada 1 Oktober 2016, fasa ke 2 pada 1 Feb 2017 dan fasa 3 pada 1 Mac 2017

Untuk semakan kelulusan sila klik di sini.