Orang Awam
Notis Mesyuarat Agung Kawasan

Notis Mesyuarat Agung Kawasan

Puan Rahayu

Puan Rahayu Mahat@Taib menjadi anggota KPF pada 22 Januari 2008. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab daripada Islamic School and Kaherah Language. Beliau juga memiliki Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia. Beliau dilantik menganggotai Lembaga KPF pada sesi 2017/2018.

Mejar (B) Adnan Yaacop

Mejar (B) Adnan Yaacop (peneroka generasi kedua Felda Mayam) menjadi anggota KPF pada 1 Oktober 1999. Beliau adalah bekas anggota tentera berpangkat Mejar. Beliau adalah anggota Lembaga Koperasi Felda Sebertak Bhd dan Pengerusi kepada Koperasi Keluarga Adnan Yaacop Bhd.Mula menganggotai Lembaga KPF pada sesi 2015/2016.

Encik Zaid Sidek

Encik Zaid Sidek (peneroka Felda Chini Timur 3) menjadi anggota KPF pada 1 Julai 1990. Merupakan Ketua Peneroka bagi Wilayah Kuantan dan Pengarah Urusan bagi Syarikat Inspirasi Gabungan Felda Wilayah Kuantan Sdn. Bhd.Beliau dilantik menganggotai Lembaga KPF pada sesi 2013/2014.