Page 14 - lt2016
P. 14

Tadbir Urus Korporat




           LEMBAGA KOPERASI

           Lembaga KPF dibarisi seramai 12 anggota yang dilantik mengikut fasal 36 (1) Undang-undang Kecil.
           Sembilan  anggota  Lembaga  dipilih  melalui  Mesyuarat  Agung  Perwakilan  Tahunan  (“MAPT”)  daripada
           kalangan  perwakilan;  manakala  tiga  anggota  bagi  jawatan  Pengerusi,  Setiausaha  dan  Bendahari
           dicalonkan oleh Lembaga FELDA dan disahkan dalam MAPT. Kelayakan anggota-anggota Lembaga ini
           telah melalui proses penentusahan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (“SKM”).

           Barisan anggota Lembaga ini diwakili secara seimbang oleh enam anggota yang mewakili Kumpulan
           Kakitangan manakala enam anggota lagi mewakili Kumpulan Peneroka.

           Satu pertiga daripada anggota Lembaga ini akan berhenti secara bergilir-gilir pada setiap MAPT dan
           mereka layak untuk dipilih semula.



           JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

           Lembaga  bertanggungjawab  memastikan  pentadbiran  dan  pengurusan  koperasi  dikendalikan  dengan
           teratur.  Bagi  melaksanakan  tanggungjawab  tersebut  dan  menepati  amalan  tadbir  urus  korporat  yang
           baik, Lembaga di bawah peruntukan yang diberikan telah menubuhkan dan mewakilkan kuasa kepada
           jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti koperasi.

           Sebanyak  sembilan  jawatankuasa  telah  ditubuhkan  yang
           dianggotai  oleh  anggota-anggota  Lembaga  dan  beberapa
           individu yang berkompiten dalam bidang masing-masing iaitu:

           1)  Jawatankuasa Imbuhan & Pencalonan;
           2)  Jawatankuasa Audit Dalaman;
           3)  Jawatankuasa Penasihat Syariah;
           4)  Jawatankuasa Pengurusan;
           5)  Jawatankuasa Tatatertib;
           6)  Jawatankuasa Pelaburan;
           7)  Jawatankuasa Kluster Perladangan;
           8)  Jawatankuasa Kluster Komersial dan Perdagangan; dan
           9)  Jawatankuasa Kluster Perkhidmatan Kewangan.






















        14                                                                           Laporan Tahunan KPF 2016
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19