Dato' Amir

Dato’ Amir Hamdan Yusof menjadi anggota KPF pada 23 Jun 2014. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Malay Anthropology dan Pengajian Islam di Universiti Malaya. Beliau mula berkhidmat dengan FELDA sebagai Pegawai Pemilihan dan Penempatan Peneroka pada tahun 1986 dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Besar (Perladangan & Pembangunan Peneroka) pada tahun 2020. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi KPF pada 12 Ogos 2020 bagi sesi 2020/2021.