Cadangan KPF menjalankan aktiviti Ar Rahnu dengan atas jenama Francais Ar Rahn Permodalan Kelantan Berhad. Kelulusan dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah diperolehi pada 29 November 2013. Sehingga kini cawangan Ar Rahnu telah beroperasi sebanyak 16 buah di seluruh negara

 

1. Apakah produk Ar-Rahnu?

Produk ini merupakan skim pajak gadai Islam yang menyediakan alternatif pembiayaan kepada individu dalam memenuhi keperluan tunai secara segera, menawarkan peluang pelaburan serta menyekat aktiviti pembiayaan secara haram atau tidak berkesan.

2. Apakah konsep Syariah digunapakai?

Menggabungkan konsep-konsep syariah Ar-Rahnu, Al-Wadiah, Al-Qard dan Al-Ujrah:
  1. Ar-Rahnu adalah mekanisma di mana satu barangan berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pembiayaan secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pembiayaan tersebut tidak dapat dijelaskan
  2. Al-Wadiah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan
  3. Al-Qard merujuk kepada pembiayaan yang diberi mengikut peratusan tertentu nilai marhun.
  4. Al-Ujrah merujuk kepada upah simpan yang dikenakan ke atas nilai marhun

3. Apakah kelebihan yang saya dapat dari produk ini?

Kelebihan produk ini adalah seperti berikut:

  1. Pembiayaan berlandaskan Syariah.
  2. Cepat dan mudah
  3. Barang gadaian dijamin keselamatannya
  4. Upah simpan yang rendah (more cost efficient).
  5. Kadar upah tetap (tidak berubah) sehingga penebusan
  6. Tempoh gadaian lebih lama

4. Siapakah yang layak untuk memohon?

Produk ini terbuka kepada:

  1. Anggota koperasi
  2. Bukan anggota
  3. 18 tahun ke atas
  4. Waras
  5. Tidak muflis

5. Berapakah nilai pembiayaan yang boleh dimohon?

Anda boleh memperoleh wang tunai sehingga 75% daripada nilai emas (marhun). Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM100,000 seorang dengan had gadaian sehari sebanyak RM50,000.

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

6. Berapa lamakah tempoh gadaian yang boleh dikenakan?

Berikut merupakan tempoh gadaian yang dikenakan keatas barang anda:

  1. Tempoh gadaian asas selama 6 bulan (tempoh matang)
  2. Tempoh lanjutan pertama selama 2 bulan
  3. Tempoh lanjutan kedua selama 2 bulan
  4. Tempoh lanjutan terakhir selama 2 bulan sebelum notis lelong dikeluarkan

7. Apakah jenis barangan gadaian yang boleh diterima oleh koperasi?

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas yang mempunyai mutu berikut:

  1. Emas 999
  2. Emas 950
  3. Emas 916
  4. Emas 875
  5. Emas 835
  6. Emas 750

8. Bagaimanakah cara penebusan gadaian dibuat?

Penebusan gadaian boleh dibuat secara:

  1. Ansuran; atau
  2. Sekaligus; atau
  3. Pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang

9. Apakah caj yang perlu saya bayar?

Bayaran upah simpan seperti berikut:

Margin Pembiayaan Upah simpan bagi setiap RM100 Nilai Marhun /Bulan
65% - 75% Julat Nilai Marhun (RM) Jumlah (RM)
5,001 ke atas 0.85
1,001 – 5,000 0.75
1.00 – 1,000 0.65

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

10. Apa yang saya dapat dari produk ini?

  1. Nilai Marhun
  2. Jumlah amaun pembiayaan
  3. Tarikh gadaian
  4. Tempoh
  5. Tarikh matang
  6. Kadar upah simpan

11. Apakah tanggungjawab saya?

Tanggungjawab anda ialah:

  1. Membayar upah simpan bulanan
  2. Membayar jumlah pembiayaan

12. Bagaimana jika saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?

Sekiranya anda gagal menebus marhun tersebut dalam tempoh gadaian atau tempoh lanjutan yang diberikan, maka koperasi berhak melelong marhun berkenaan mengikut prosedur perlelongan.

Wang hasil daripada lelongan akan digunakan untuk membayar amaun terhutang, kos pelelongan dan kos-kos yang berkaitan. Bakinya boleh anda tuntut sejurus menerima notis wang lebihan lelongan.

13. Apakah risiko terlibat?

Jika anda mempunyai masalah memenuhi kewajipan pembiayaan anda, sila hubungi pihak koperasi dengan segera untuk membincangkan pembayaran alternatif.

14. Adakah saya memerlukan penjamin?

Tiada penjamin diperlukan.

15. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan mengenai butiran peribadi?

Adalah penting anda memaklumkan koperasi mengenai apa-apa perubahan butiran peribadi anda untuk memastikan semua urusan komunikasi dengan anda disampaikan dengan lebih berkesan.

16. Dimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Untuk makluman lanjut, pertanyaan atau maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan kami yang terkini, anda boleh menghubungi Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad, Unit Perbankan Koop 03- 2694 2095 smbgn 123; atau boleh mengunjungi cawangan Ar-Rahn berikut :-

  1. Ar-Rahn Ipoh (05-5252729)
  2. Ar-Rahn Klang (03-33422285)
  3. Ar-Rahn Semenyih (03-87240095)
  4. Ar-Rahn Dungun (09-8452062)
  5. Ar-Rahn Senawang (06-6757807)
  6. Ar-Rahn Tumpat (09-77252125)
  7. Ar-Rahn Seremban (06-7628959)
  8. Ar-Rahn Bahau (06-4552657)
  9. Ar-Rahn Bera (09-2552575)
  10. Ar-Rahn Kuala Berang (09-6814 313)
  11. Ar-Rahn Kuantan (09-5382742)
  12. Ar-Rahn Bayan Baru (04-6412377)
  13. Ar-Rahn Alor Setar (04-7325455)
  14. Ar-Rahn Kuala Lipis (09-3121745)

Maklumat yang diberikan adalah benar setakat 1 November 2016.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Lokasi cawangan² Ar-Rahn KPF