Encik Haniff

Encik Haniff Ahmad Norilah berkelulusan Master of Business Administration (Executive) daripada Universiti RMIT, Melbourne, Australia dan memiliki Bachelor of Accountancy (Hons) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Beliau pernah berkhidmat di Rashid Hussain Berhad pada tahun 1990 dan Perwira Habib Bank pada tahun (1991). Beliau dilantik menjadi Penolong Pengarah Kewangan pada tahun 2002, Pengawal Kewangan pada tahun 2003, Timbalan Pengarah Kewangan pada tahun 2007 dan Pengarah Kewangan pada tahun 2008. Pada tahun 2012, beliau ditempatkan di Jabatan Gedung Makanan Negara (GMN) dan menjadi Pengarah di Pejabat Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi) pada tahun 2016. Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi) mulai 1 November 2017.