Page 4 - lt2016
P. 4

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
                                                          Segala puji bagi Allah S.W.T yang menguasai alam serta selawat dan
                                                          salam kepada junjungan Rasulullah S.A.W. Bersyukurlah kita kepada-
                                                          Nya kerana masih diberikan hidayah dan inayah dalam menjalankan
                                                          tugas yang diamanahkan, khususnya usaha untuk menyiapkan Laporan
                                                          Tahunan 2016 dengan mengekalkan semangat “Bersama Membina
                                                          Kecemerlangan & Kegemilangan”.

                                                          Tahun 2016 merupakan tahun yang sangat mencabar dan kesan
                                                          yang paling ketara kepada KPF adalah apabila Ringgit Malaysia jatuh
                                                          merudum, Bursa Saham Malaysia merosot dan harga minyak dunia
                                                          menjunam turun menjadi US$51 setong.  Sekaligus nilai dan aset terus
                                                          menurun ditambah pula harga sawit berada pada paras yang rendah.
                                                          Walaupun sangat perit untuk dilalui dan pulangan hasil pelaburan turut
                                                          terjejas namun pada tahun 2016, KPF masih berupaya untuk memberi
                                                          pulangan dividen 10 peratus kepada anggota.
                                                          Untuk KPF terus merintangi cabaran di masa akan datang, ianya sangat
                                                          bergantung kepada iltizam dan jati diri anggota Lembaga serta pihak
                                                          Pengurusan. Budaya integriti adalah sangat dituntut bagi mengurus
                                                          tadbir aset serta dana simpanan warga FELDA ini agar menepati
                                                          matlamat penubuhannya. Semua pihak yang terlibat secara langsung
                                                          mahupun tidak langsung hendaklah mendalami erti pengorbanan ibarat
                                                          lilin yang membakar diri untuk terus  memberi cahaya kepada yang lain.

                                                          KPF kini telah memasuki tahun ketiga pelaksanaan Rancangan
                                                          Perniagaan 5 Tahun (2013 - 2017). Penglibatan KPF dalam sektor
                                                          perladangan dan hartanah akan memperlihatkan keupayaan
                                                          sebenar Pengurusan KPF merangka strategi untuk memperkasakan
                                                          kesinambungan pulangan pelaburan dalam bidang berskala besar dan
                                                          berimpak tinggi.

                                                          Akhir kalam, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat
                                                          semua anggota Lembaga, Pengurusan, rakan perniagaan, warga kerja
                                                          dan khasnya semua anggota KPF atas sokongan dan kepercayaan
                                                          yang diamanahkan sepanjang tahun 2016 dan akan datang. Penat jerih
                                                          dan usaha tanpa rasa jemu pasti dibalas setimpal oleh Yang Maha
                                                          Kuasa. Marilah kita bersama berdoa dan terus beriltizam agar legasi
                                                          kecemerlangan KPF dapat terus dimartabatkan ke peringkat yang lebih
                                                          tinggi pada masa akan datang.

                                                          Salam Hormat,

                                                          DATUK HANAPI SUHADA
                                                          Pengerusi
                                                          Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad













        4                                                                            Laporan Tahunan KPF 2016
   1   2   3   4   5   6   7   8   9