Ab Ghani

Dato’ Ab Ghani Mohd Ali menjadi anggota KPF pada 29 Februari 1984. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Mula berkhidmat dengan FELDA sebagai Pegawai Tadbir pada tahun 1981 dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi) pada tahun 2015 sehingga 2017. Kini, beliau menjawat jawatan Pengarah Besar FELDA. Beliau dilantik menjadi Pengerusi KPF mulai sesi 2017/2018.