Datuk Khamis Md. Som

Datuk Khamis Md Som menjadi anggota KPF pada Julai 1980. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dari Universiti Malaya (1975) disamping pemegang Diploma Pertanian daripada Kolej Pertanian Malaysia (1971).Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Besar FELDA bagi tempoh 2003-2006.

Datuk Khamis Md Som juga adalah mantan Pengerusi KPF yang disandangnya semasa memegang jawatan sebagai Pengarah Besar FELDA. Beliau menganggotai semula Lembaga KPF pada sesi 2012/2013.