Dato' Ramli Ismail

Dato’ Ramli Ismail menjadi anggota KPF pada 1 Julai 1990. Beliau juga merupakan Peneroka Generasi Kedua Felda Sungai Sayong, Johor. Beliau memiliki Diploma Pengurusan dan Pentadbiran daripada Institut Teknologi Mara (ITM), kini berkhidmat sebagai Pegawai Khas (Urusan Peneroka) di Pejabat Pengarah Besar FELDA.

Pernah terlibat secara aktif dalam kepimpinan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM). Beliau adalah Pengerusi Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) dan Pengerusi JKKR Felda Sungai Sayong serta menganggotai Lembaga Pengarah Plastik Center Sdn Bhd. Beliau dilantik sebagai anggota Lembaga KPF mulai sesi 2009/2010.